Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 27 April 2016

Sejarah SK Sambir

Sekolah Kebangsaan Sambir telah wujud sekitar tahun 1924 lagi. Asalnya Sekolah Kebangsaan Sambir lebih dikenali dengan nama Sekolah Zainal Abidin Kampung Sambir. Sekolah Zainal Abidin Kampung Sambir pada masa itu beratapkan nipah, berdindingkan daun kajang, bertiangkan kayu dan berlantaikan tanah. Sesuai dengan keadaan pada masa tersebut. Sekolah Zainal Abidin Kampung Sambir hanya mampu menampung beberapa orang murid dan guru. Akhir tahun 50-an, Sekolah Zainal Abidin Kampung Sambir telah diperbesarkan kerana pada awal tahun 60-an, kemajuan dan minat ingin belajar ditunjukkan oleh penduduk sekeliling Kampung Sambir seperti Kampung Sebandi Matang dan Kampung Sebandi Ulu.

Tahun 1967, atas persetujuan bersama penduduk setempat, Sekolah Zainal Abidin berpindah ke tapak baharu iaitu di hujung kampung. Pada masa yang sama, nama sekolah ini juga telah ditukar dengan nama Sekolah Pandang Sari Kampung Sambir. Dua tahun kemudian pembukaan dan perasmian sekolah ini telah dilaksanakan oleh Encik Sim Kheng Hong. Beliau ialah Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Kuching. Perasmiannya pada hari Ahad, 02 Februari 1969. Atas arahan dari kerajaan yang bertanggungjawab pada masa itu, sekali lagi sekolah ini ditukar namanya kepada Sekolah Rendah Kerajaan Sambir (SRKS). Nama tersebut kekal sehingga pertengahan tahun 1999.

Dasar kerajaan dan Kementerian Pelajaran seiring dengan peredaran masa, semua nama Sekolah Rendah Kebangsaan di seluruh negara ditukar kepada Sekolah Kebangsaan (SK). Selaras dengan perubahan tersebut, Sekolah Rendah Kerajaan Sambir kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan (SK) Sambir kekal sehingga sekarang.






@sks2016

4 comments:

  1. Saya adalah kumpulan pejalar pertama yang menggunakan bangunan baru (bangunan satu blok satu tingkat- kayu dgn 3 buah bilik darjah & sebuah bilik guru kecil dengan satu blok rumah guru tiga bilik) pada tahun 1969 & guru besar kami pada masa itu ialah Cikgu Wahab. Nama sekolah itu pada masa itu dikenali sebagai SAMBIR DISTRICT COUNCIL SCHOOL (Pengantar Bahasa Inggeris)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika En. Tan mempunyai gambar semasa belajar di SK Sambir pada tahun 1969 atau maklumat lain berkenaan dengan sekolah pada masa tersebut, sila berkongsi dengan kami. Kami sedang mengumpul gambar-gambar lama SK Sambir untuk dijadikan rujukan sekolah. Terima kasih.

      Delete
  2. boleh saya tahu pencapaian sk sambir yg membanggakan setakat ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat kedua terbaik pencapaian upsr (selepas SKA Ibnu Khaldun) peringkat Samarahan 2016, tempat kedua terbaik choral speaking peringkat samarahan 2017, tempat ketiga terbaik tilawah al quran utk festival pendidikan al quran peringkat samarahan/asajaya

      Delete